
vivo Merancang Untuk Lancarkan Prototaip 5G Tahun Hadapan
Pembuat telefon pintar China, vivo mengumumkan bahawa mereka akan memulakan penyelidikan dan pembangunan untuk telefon pintar 5G prototaip pertama tahun depan serta akan menggabungkan teknologi 5G bersama kecerdasan buatan (AI).

vivo merancang untuk memasarkan telefon bimbit 5G secara komersial pada tahun 2019. Peranti 5G yang akan bertemu pengguna tersebut dikatakan bakal memanfaatkan AI menjelang pada tahun 2021, kata Ketua Eksekutif vivo, Shen Wei pada sidang kemuncak industri tempoh hari.
Telefon pintar 5G vivo akan disambungkan dengan realiti maya (VR) dan argumented reality (AR), peranti boleh pakai (IoT) serta alat sensor pintar yang lain, kata Shen. Sekaligus, pengguna akan dapat mengendalikan peranti ini melalui telefon bimbit 5G mereka.

