
Baru-baru ini Digi Telecommunications Sdn. Bhd telah mengumumkan seramai sembilan pemenang CyberSAFE di bawah program ‘Be Smart, Use Heart’. Ianya cabaran yang memerlukan peserta mencipta video untuk dimuat naik ke Youtube.

Para pemenang terdiri daripada tiga kategori bermula daripada sekolah rendah, menengah rendah, dan menengah atas masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM400.
Video yang telah dimuat naik kesemuanya tidak melebihi tiga minit yang bertemakan buli siber berdasarkan tafsiran peserta sendiri. Untuk melihat video dalam cabaran ini, anda boleh klik di pautan di bawah :
Kategori Sekolah Rendah
- Amanda Evita John (SK Tampasuk II) – Amanda
- Ki Jing Yang (SJKC Chung Hua) – Stop Cyber Bully
- Muhammad Najwan Aiman Bin Abd Samad (SK Bekoh) – Be Smart Use Heart: Hentikan Buli Siber
Kategori Menengah Rendah
- Muhammad Aniq Ihsan Bin Izham (SMK Bukit Gambir) – Pembulian Siber di Media Sosial
- Syed Syazwi Rafiuddin Bin Syed Ibrahim (SMK Taman Desa 2) – CyberSAFE in School ‘Be Smart, Use Heart’
- Haryz Bin Hanif Suhairi (SM Sains Tuanku Syed Putra) – Fenomena Buli Siber
Kategori Menengah Atas
- Haziq Mursyidi Bin Hadzri (SMK Syed Sirajuddin) – CyberSAFE in Schools
- Muhammad Thoha Bin Ismail (SMK Skudai) – Buli Siber
- Ahmad Nazrin Bin Shamsudin (SMK Aji
Program buli siber yang dianjurkan oleh Digi ini sudah bermula pada tahun 2011 turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan CyberSecurity Malaysia. Ia diwujudkan supaya dapat meningkatkan kesedaran mengenai buli siber dan memastikan pelajar sentiasa kekal selamat menggunakan internet.

