Cloud4C Melantik Terrence Yong sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk Singapura dan Pengerusi untuk Malaysia

116

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 September 2020 /PRNewswire/ — Cloud4C – Penyedia Perkhidmatan Awan Terurus yang terkemuka di dunia – mengumumkan pelantikan En. Cloud4C Melantik Terrence Yong sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk Singapura dan Pengerusi untuk Malaysia

Cloud4C_Terrence_Yong
Cloud4C_Terrence_Yong

Cloud4C komited untuk memperkukuh dominasi pasarannya di Asia Tenggara, dengan tawaran perkhidmatan terurus yang berbeza dalam praktis awan, automasi, Analitik dan SAP. Perniagaan di rantau ini sedang memulakan perjalanan Transformasi Digital, dengan lebih daripada 50% perniagaan telah menggunakan awan kerana terdapat permintaan sejak sekian lama untuk pemodenan IT. Pasaran perkhidmatan awan berkembang dengan CAGR sebanyak 12% di Malaysia dan dijangka mencecah $3.7 bilion menjelang tahun 2024. Singapura mempunyai pasaran awan awam yang kukuh, berkembang pada kadar 20% hingga mencecah $3.5 bilion menjelang tahun 2023. Dengan kekuatan 3 daripada 5 Hyperscalers, Cloud4C berada pada posisi terbaik untuk meneraju gelombang penerimaan teknologi dengan alat terbaik dan kepakaran yang tiada tandingan.

Terrence akan menjadi ahli utama pasukan kepimpinan yang memberi tumpuan untuk membina budaya dan etos organisasi yang kuat dan menyokong kedudukan pasaran yang berbeza serta bekerjasama rapat dengan CIO, pemimpin teknologi untuk merancang strategi IT kontemporari yang mengubah organisasi mereka.

“Saya sangat gembira menyambut Terrence ke dalam keluarga Cloud4C. Beliau merupakan pemimpin transformasi berpengalaman dengan kepakaran pembangunan pekerja yang kukuh dan kehebatan menguruskan pelbagai negara. Terrence akan membantu kami mencapai visi strategik untuk rantau ini, memberi nilai yang lebih besar kepada pemegang saham kami,” kata Sridhar Pinnapureddy, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cloud4C.

Terrence telah menjadi pemimpin keusahawanan dengan 22 tahun pengalaman industri yang kaya dalam bidang seperti pemasaran produk, operasi, pengurusan strategik perniagaan PKS dan Perusahaan. Beliau adalah mantan Pengarah Urusan SAP, Malaysia.

“Cloud4C berada di titik kemajuan untuk menjadi peneraju pasaran yang hebat di rantau ini, dengan pelbagai kepakaran yang telah dibangunkan selama ini. Adalah sesuatu yang mengujakan untuk menyokong organisasi dalam mempertahankan budaya berdasarkan nilai yang berbeza dan memacu pertumbuhan yang pesat,” kata Terrence Yong, Ahli Lembaga Pengarah, Singapura dan Pengerusi, Cloud4C Malaysia.

Tentang Cloud4C:

Cloud4C adalah Penyedia Perkhidmatan Awan Terurus terkemuka di dunia yang memberi perkhidmatan kepada 4,000 pelanggan di 25 buah Negara dan 50 lokasi termasuk 60 daripada Syarikat Multinasional Global Fortune 500. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan awan (awam, swasta, hibrid) dan awan komuniti (Awan Komuniti Perbankan, Awan Komuniti SAP), penghijrahan awan pada hiperskala seperti AWS, Microsoft Azure, Google Cloud, perkhidmatan pengurusan awan untuk pengguna akhir, perkhidmatan pemulihan bencana, perkhidmatan keselamatan terurus dan membantu perniagaan mematuhi kedaulatan undang-undang data yang ketat di negara masing-masing.

Syarikat tersebut merancang untuk memperluas jejak geografinya ke 80 buah negara dan di 160 lokasi di seluruh dunia dalam masa 36 hingga 48 bulan akan datang.

Perhubungan Media:
B.S. Rao
Naib Presiden dan Ketua Global (PR dan Komunikasi)
Perkhidmatan Cloud4C
bsrao@cloud4c.com
www.cloud4c.com

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/cloud4c-melantik-terrence-yong-sebagai-ahli-lembaga-pengarah-untuk-singapura-dan-pengerusi-untuk-malaysia.jpg
Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/cloud4c-melantik-terrence-yong-sebagai-ahli-lembaga-pengarah-untuk-singapura-dan-pengerusi-untuk-malaysia-1.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Personnel announcements Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE