HONOR 8C Kini Rasmi Berharga RM599 – Pertama Hadir Dengan Reka Bentuk Cat’s Eye

Berita baik buat peminat peranti HONOR, hari ini HONOR 8C telah rasmi diumumkan ke pasaran Malaysia dengan tanda harga jualan RM599.

HONOR 8C merupakan peranti pintar pertama yang menampilkan reka bentuk “Cat’s Eye” – kesan halus yang dicipta menggunakan reka bentuk corak 3D dan corak nano, dan ia hanya tersedia pada warna biru.

HONOR 8C selain warna biru yang menawan, juga boleh didapati dalam warna hitam dan emas. Peranti ini disertakan dengan Sistem operasi Android Oreo + EMUI 8.2 dan dijana oleh pemproses Snapdragon 632 Octa-Core.

Honor 8C ini juga disertakan dengan 3GB RAM dan 32GB ROM di samping menyokong kad microSD sehingga 256GB, kapasiti bateri tidak mengecewakan apabila disertakan dengan 4000mAh.

Paparan 6.26 inci FullView Display 19:9 di bawah resolusi 1520 x 720 piksel menjanjikan penglihatan yang lebih memuaskan, terutama bermain permainan video. Dari aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 13MP + 2MP bagi kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan.

HONOR 8C akan mengadakan jualan pertama secara eksklusif di Lazada Birthday Sales pada 27 Mac 2019 bermula jam 10 pagi, sementara 1000 pelanggan pertama akan mendapatkan tote bag eksklusif secara percuma. Ketersediaan bagi seluruh negara pula pada 1 April.

HONOR 8C Catbassador

Dalam majlis yang sama, HONOR turut mengumumkan bahawa seekor kucing baka british yang mempunyai bulu pendek telah dipilih sebagai duta rasmi HONOR 8C. Pertandingan menamakan kucing ini turut diadakan mulai hari ini sehingga 10 April bagi melayakkan diri memenangi seunit HONOR 8C.

 

 

 

 

You might also like