WeChat Pay My Memperkenalkan Pembayaran Tanpa Tunai Terbaru – Gerai Mamak Pun Boleh Guna!

WeChat Pay merupakan sistem pembayaran tanpa tunai yang sangat popular di seluruh dunia, kehidupan penduduk di China boleh dikatakan bergantung sepenuhnya pada sistem ini sama ada di kedai atau pun perniagaan kecil di tepi jalan.

Pasaran Malaysia juga telah memberi sokongan penuh pada WeChat Pay My sejak Jun 2018, hari ini mereka sekali lagi mengumumkan beberapa kedai rangkaian yang akan menyokong sistem ini serta perancangan masa depan di pasaran tempatan.

Menurut WeChat Pay My, mereka berharap sistem pembayaran tanpa tunai boleh diperluaskan kepada perniagaan kecil seperti penjual kuih di tepi jalan selain kedai rangkaian.

Tambahan lagi, perkhidmatan baharu seperti pembelian menerusi mesin layan diri dan memesan makanan di restoran Mamak yang akan dilancarkan dahulu di kawasan Lembah Klang menerusi aplikasi WeChat juga dilancarkan dalam masa terdekat.

Melalui apa yang dikongsikan, WeChat Pay MY akan diperluaskan dengan perkhidmatan yang lebih bagus dan canggih sepertimana pengguna di China.

 

You might also like