Warna Baru?! Dapatkan vivo V5s Matte Black Bermula 17 Jun!

vivo Malaysia baru sahaja memperkenalkan telefon pintar baru vivo V5s dengan kemasan Matte Black, warna hitam ‘mati’ ini amat digemari oleh peminat-peminat gadget di seluruh Malaysia kerana hitam adalah warna yang elegan dan mewah.

Menggunakan tagline “Klasik” dan “Kualiti”, vivo sentiasa mengambil berat setiap peranti yang dikeluarkan supaya vivo V5s mampu bertahan lebih lama dan tidak mudah rosak berbanding produk high end dari jenama lain.

vivo V5s dilengkapi dengan set cip 64-bit MediaTek MT6750 lapan teras, juga didatangkan bersama cip grafik Mali-T860 MP2 yang sesuai digunakan dalam permainan mudah alih. Memori pula meneriman RAM sebanyak 4GB di samping 64GB storan dalaman. Ia juga menyokong kad microSD sehingga 256GB dengan UI terbaru FunTouch OS 3.0, serta sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow.

Kamera depan mendapat sensor IMX376 setinggi 20 Megapiksel f/2.0 aperture bersama fungsi Selfie Softlight dapat menghasilkan gambar yang jelas dan terang walaupun di dalam pencahayaan yang rendah. Sistem audio memukau ini mendapat kejuruteraan bersama AKG dan ia juga dimuatkan dengan penguat bunyi kompak DAC menghasilkan bunyi yang tiada tandingan.

Harga yang ditawarkan untuk vivo V5s Matte Black Edition adalah RM1299

Tawaran rebat RM100 masih dijalankan sehingga 30 Jun nanti, bawa bersama-sama peranti lama anda supaya dapat menikmati promosi ini. Dapatkan segera selagi stok masih ada!

You might also like