
Aplikasi perbankan CIMBClicks kini telah mengeluarkan satu kemas kini buat para pengguna iOS terutamanya iPhone dengan antaramuka baharu yang lebih kemas dan mudah difahami. Tidak seperti sebelum ini yang nampak seperti sebuah aplikasi pada lima tahun dahulu. Kini, ia juga turut menyokong imbasan cap jari atau Touch ID untuk log masuk lalu menjimatkan masa.
Selain itu, menyemak setiap akaun atau membuat sebarang transaksi kini lebih teratur melalui satu halaman sahaja. Kemas kini ini sudah boleh dimuat turun dan digunakan sejak semalam. Manakala, buat pengguna Android kemas kini terbaru ini masih belum dapat ditemui di Google Play.
Justeru, aplikasi ini akan menarik lebih ramai pengguna untuk membuat urusan di atas talian selain tidak perlu lagi beratur panjang di cawangan bank.

