iPhone 6 Tak Rosak Lepas Jatuh Dari Kapal Terbang?? Pergh!!

Pasti semua orang akan cuak kalau terjatuh telefon bimbit sehingga pecah kan?? Lain pula jadinya dengan penerbit dokumentari Brazil Ernesto Galiotto yang baru-baru ini telah terjatuhkan telefon iPhone 6 nya dari kapal terbang!!

Yang ajaibnya, telefon tersebut masih elok dah terus merakam walaupun telah terjatuh.

Menurut laporan daripada G1, Galiotto terbang di atas pantai di Cabo Frio, Rio de Janeiro, untuk merakam salah satu projeknya. Ketika dia mengambil iPhone 6s bagi mengambil beberapa gambar melalui tingkap kecil pesawatianya terjatuh.

Penerbit filem itu berpendapat iPhone miliknya akan hilang selama-lamanya, tetapi kisahnya berubah. Galiotto memeriksa aplikasi “Find My iphone”, dan tanpa disangka-sangka, iPhone 6s masih ada di sana, dan nampaknya ia berada di tengah pantai. Dia pergi ke lokasi tersebut.

Sungguhpun jatuh dari ketinggian tersebut, namun ia hanya calar sahaja dan tiada sebarang masalah lain.

You might also like