Siri vivo X50 Kini Rasmi!! – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM2399

vivo kini sudah merasmikan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai vivo X50 dan vivo X50 Pro dan ia dijual pada harga bermula dari RM2399.

Peranti premium daripada vivo ini tampil dengan fungsi Gimbal Stabilization yang mampu memberikan kestabilan rakaman.

Bukan itu sahaja, peranti ini hadir dengan fungsi rkaman Extreme Night Mode yang memberikan hasil gambar yang terbaik khususnya ketika dalam situasi low light.

Peranti vivo X50 Pro hadir dengan skrin 6.56 inci FHD + AMOLED 90Hz HDR10 + punch-hole dan disertakan dengan pemproses cip octa-core Snapdragon 765G dan menyokong rangkaian 5G. Ia turut dipadankan dengan 8GB RAM + 256GB ROM

Dari aspek kamera pula ia hadir dengan 48MP (f/1.6) + 13MP (f/2.46 ) + 8MP (f/2.2)  + 8MP (f/3.4) bagi kamera belakang dan lensa selfie 32MP. Kapasiti bateri pula adalah 4315mAh vivo FlashCharge 2.0 (33W).

Bagi vivo X50 pula, ia hadir dengan skrin 6.56” FHD+ AMOLED 90Hz dan tampil dengan pemproses Snapdragon 765G 7nm + Adreno 620 dan dipadankan dengan 8GB RAM + 128GB ROM (UFS 2.1)

Dari aspek kamera pula, ia tampil dengan 48MP (f/1.6 ) + 13MP (f/2.46) + 8MP (f/2.2 ) + 5M (f/2.48) bagi kamera belakang dari 32MP bagi kamera hadapan. Kapasiti bateri pula tampil dengan 4200mAh (vivo FlashCharge 2.0 (33W).

Berikut adalah maklumat pratempahan bagi peranti ini yang boleh dilakukan mulai 21 Julai sehingga 24 Julai.

Anda juga boleh membeli peranti ini secara terus di SenHeng dan SenQ.

You might also like