OnePlus Nord Kini Rasmi! -Dijual Pada Harga Bermula Dari RM1946

Berita baik buat semua peminat OnePlus apabila peranti terbaharunya yang dikenali sebagai OnePlus Nord kini telah rasmi dan dijual pada harga bermula dari RM1946.

Peranti ini hadir dengan skrin yang baik iaitu 6.44” HD dan tampil dengan kadar segar semula 90Hz.

Dari aspek dalaman pula, ia dihadirkan dengan pemproses Snapdragon 765G 5G dengan kad grafik Adreno 620. Turut dipadankan dengan RAM sebesar 8GB / 12GB dan storan 128GB / 256GB.

Kamera juga sangat baik apabila ia dihadirkan dengan  48MP Sony IMX586 (f/1.75) + 8MP (f/2.25) + 5MP (f/24) + 2MP (f/2.4) bagi kamera belakang dan 32MP Sony IMX616 (f/2.45) bagi kamera hadapan.

Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila id sertakan dengan 4115 mAh (Warp Charge 30T fast charging).

You might also like