
Tile™ dan Upright® Umum Perkongsian Jangka Panjang Bantu Pengguna Cari Postur Terbaik Mereka
![]() |
Produk Terlaris Upright Boleh Dicari Dengan Tile ™
SAN MATEO, California, 22 Julai 2020 /PRNewswire/ — Hari ini Tile dan Upright mengumumkan rancangan untuk menjadikan teknologi boleh pakai pembetul postur Upright boleh dicari. Perkongsian ini akan bermula pada musim luruh tahun 2020 dengan produk Upright yang paling laris, UPRIGHT GO 2. Semua pengguna UPRIGHT GO 2 masa kini dan akan datang akan berupaya untuk mengaktifkan Tile melalui kemas kini aplikasi yang mudah.
“Teknologi boleh pakai menjadi sangat penting untuk kehidupan harian kita, terutamanya syarikat-syarikat dalam pasaran kesihatan dan kesejahteraan,” kata Jeff Houlé, Ketua Pegawai Perniagaan di Tile. “Kami berusaha untuk membantu pengguna mengawasi semua item penting yang menjadi pergantungan kita bukan sahaja untuk menjalani kehidupan harian kita, tetapi untuk benar-benar berkembang maju.”
Upright terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam kategori postur dan kesihatan belakang. Dengan realiti bekerja-dari-rumah yang baharu dan masa menggunakan peranti yang meningkat, permintaan terhadap penyelesaian Upright melonjak sebanyak dua angka sejak April lalu.
“Pengguna kami telah lama melahirkan kebimbangan mereka untuk mengawasi pelatih mereka, maka kini lebih daripada sebelum ini, kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Tile bagi mengatasi kebimbangan ini,” kata Ori Fruhauf, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Komersial di Upright.
Upright menyertai senarai rakan kongsi Tile yang semakin bertambah termasuk Skullcandy, HP, Herschel dan Nomad, antara lain. Hari ini, hampir mana-mana produk dengan keupayaan Bluetooth boleh diaktifkan Tile dengan kemas kini di udara (over-the-air) yang mudah. Ketahui lebih lanjut di thetileapp.com/partners.
Latar Belakang Tile™
Tile memberikan segala-galanya kuasa lokasi pintar, mencari sehingga enam juta item unik setiap hari. Memanfaatkan jaringan pencarian luasnya yang mencakupi 195 negara, Tile membantu orang ramai mencari perkara yang paling penting buat mereka. Baru sahaja dianugerahkan dengan #5 dalam senarai Fast Company bagi syarikat-syarikat elektronik pengguna Paling Inovatif, Tile berpangkalan di San Mateo, California dan disokong oleh Francisco Partners, Bessemer Venture Partners dan GGV Capital. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Tile.com.
Latar Belakang Upright®
Pencipta bagi satu-satunya pelatih postur yang menyediakan tahap kemajuan postur, statistik dan trend pada masa sebenar, Upright telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju yang tidak dapat dipertikaikan dalam kategori kesihatan bahagian belakang, membantu lebih 500,000 pelanggan mencapai kesihatan belakang yang lebih baik dan tabiat postur yang sihat. Untuk maklumat lanjut, kunjungi uprightpose.com
Keywords: Entertainment Health Care/Hospital Mobile Entertainment Telecommunications New products/services
Source: PRNEWSWIRE