
OPPO Electronics baru-baru ini telah pun melancarkan model terbarunya secara rasmi untuk pasaran tempatan iaitu Oppo F9. Siri telefon pintar yang meneruskan legasi siri-F yang lain dilihat menerima sambutan positif daripada ramai pengguna.

Lebih mengejutkan, jualan F9 dikatakan pecah rekod di mana sebanyak 32 unit unit telah terjual setiap minit pada hari pertama! Sekaligus ia memecahkan rekod jualan sebelumnya dengan dua kali mengalahkan siri terdahulu, Oppo F7.
Ini menjadikan F9 berada di kedudukan No.1 dengan julat harga antara RM1,000 dan RM1,500 di kedai-kedai telco utama semasa jualan hujung minggu pertama dari 30 ogos hingga 2 September 2018.

Oppo F9 hadir dengan skrin 6.3-inci dengan panel LTPS TFT, menggunakan cip MediaTek Helio P60, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan lensa 16-megapixel dan 2-megapixel.

Peranti pintar ini juga menyokong teknologi Pengecasan Flash VOOC untuk mengecas bateri 3500mAh selain menawarkan warna ekslusif yang menjadikannya lebih unik berbanding peranti lain dipasaran.
Kepada yang berminat, boleh la beli di sini ↓ ↓ ↓

