Honor Play – Player Edition Tiba Di Malaysia Berharga RM1,299

Peranti honor Play yang memfokuskan pada permainan sejak mendapat sambutan meriah di kalangan kaki gamer, kini membawa berita gempak lagi kepada peminatnya, iaitu jualan rasmi edisi khas honor Play – Player Edition pada harga RM1,299 bermula 7 September 2018 melalui laman rasmi hihonor atau laman e-dagang Shopee.

Tawaran menarik seiring dengan pembelian honor Play – Player Edition terbaru ini, pelanggan akan mendapat kotak hadiah eksklusif iaitu sebuah alat kawalan permainan iPega 9087 dan pelekat PUBG secara percuma. Walau bagaimanapun, kotak hadiah ini eksklusif untuk pembelian atas talian Shopee dan hihonor.

Honor Play – Player Edition dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan edisi biasa, apa yang membezakan adalah rekaan panel belakang bercorak cetakan dan warna merah di sekeliling kamera, pengimbas cap jari dan butang.

 

Baca Juga:

 

 

You might also like