
Odyssey, Peranti VR Generasi Baru Dari Samsung
Beberapa bulan yang lalu, kita telah mendengar bahawa Samsung sedang membangunkan peranti VR standalone yang pertama. Konsep standalone adalah anda tidak memerlukan smartphone atau peranti kedua untuk menikmati pengalaman VR, hanya memerlukan satu peranti sahaja.
Buat masa kini, Samsung Gear VR merupakan satu-satunya peranti dari Samsung yang menyokong teknologi VR, dan hanya sebilangan kecil model smartphone sahaja yang sesuai digunakan bersama peranti tersebut.
Imej yang tersebar di Internet menunjukkan informasi paten dari Samsung, berkemungkinan besar peranti VR yang sedang dibangunkan Samsung akan dikenali sebagai Odyssey. Namun masih tiada lagi informasi yang timbul berkenaan spesifikasi dan fungsi peranti VR tersebut, eRing akan kongsikan jika ada perkembangan terbaru.