[Tertiris] Motorola Bakal Perkenalkan Model Terbaru Dari Siri ‘G’ – Moto G6, G6 Plus & G6 Play

Bulan lepas tersebar berita mengenai kemunculan beberapa model baru Motorola dari siri G, dan hari ini ianya telah disahkan oleh HTML5test. Bakal hadir dengan tiga model baru, G6 dan G6 Plus menawarkan paparan skrin hampir penuh 18:9 dengan resolusi 2160×1080 piksel, manakala G6 Play pula beresolusi 1440×720 piksel.

Jika dilihat daripada data yang disediakan oleh HTML5test, Moto G6 Play hadir dengan tiga kod nama berbeza. Kod nama XT1922 akan dikuasakan oleh Snapdragon 430, manakala kod nama XT1924 dan XT1944 pula menyokong Snapdragon 425.

Selain itu, Moto G6 akan dilengkapi dengan Snapdragon 420 serta Moto G Plus dikuasakan oleh Snapdragon 630. Ketiga-tiga model ini akan dioperasikan bersama Android 8.0 Oreo. Menurut sumber, peranti ini akan diperkenalkan pada pameran MWC 2018 yang bakal berlangsung di Barcelona.

Sumber

You might also like