Harga Xiaomi Mi A1 Turun Lagi?

Xiaomi Mi A1 adalah sebuah telefon pintar yang mendapat perhatian pengguna Android tahun lepas, kerana ia adalah peranti pertama milik Xiaomi yang menyokong Android asli iaitu Android One.

Diperkenalkan pada harga RM1,099, harganya telah diturunkan kepada RM999. Terbaru, kepada yang ingin mendapatkan Mi A1 pada harga bawah RM900, inilah masanya kerana G Store dari Lazada telah mengadakan promosi untuk masa terhad sahaja. Xiaomi Mi A1 kini dijual pada harga RM845, jauh lebih murah dari harga asal serta hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan emas.

Kepada yang masih belum mengetahui apakah ciri-ciri menarik yang ada pada Xiaomi Mi A1, boleh lihat reviu eksklusif dari eRing ini.

https://ering.com.my/2017/11/reviu-eksklusif-xiaomimi-a1-peranti-android-tulen-dwi-kamera-12-megapiksel/

You might also like