Instagram Kini Membolehkan Pengguna Membalas Stories Dengan Gambar Atau Video

Kami dengar anda begitu aktif di dalam Instagram? Memang benar bukan, perkongsian kehidupan seharian tidak sah jika kita tidak memuat naik stories. Oleh kerana ciri ini akan dipadam dalam masa 24 jam, ia menjadikan kita lebih selesa berkongsi di sana berbanding di laci gambar akaun.

Jika sebelum ini, anda hanya boleh menyapa mesej terus ke stories pengguna lain, kali ini Instagram menawarkan ciri baharu dengan membolehkan anda mengahantar gambar dan video menerusi stories tersebut. Pengguna juga boleh memasukkan filter muka, stickers dan Rewind, bahkan membalas boleh dimuatkan dengan stickers yang boleh digerakkan dan disaizkan semula.

Apabila rakan membalas stories anda dengan video atau gambar, anda boleh melihatnya di inbox, seterusnya boleh tap dan lihat serta sticker asal anda hanya anda sahaja boleh melihatnya.

Ciri ini sudah boleh dimuat turun di Google Play dan App Store bermula hari ini.

You might also like