- Iklan -

Huawei P10 & P10 Plus Menerima Kemas Kini – Ciri “Moving Picture” Antara Yang Terbaru

Sudah memiliki peranti Huawei P10 dan P10 Plus, tetapi masih menunggu kemas kini terbaru? Penantian anda sudah tiba, Huawei telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan satu kemas kini yang boleh dimuat turun menjelang penghujung bulan ini.

Siri Terbaru Huawei P10 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

 

Kemas kini ini akan membawakan satu ciri yang menarik iaitu Moving Picture, di mana para pengguna dapat mengambil dan merakam gambar “hidup” tidak seperti sebelum ini yang hanya menyokong rakaman gambar pegun sahaja.

Huawei merasakan ciri ini patut diguna pakai pada peranti dwi kamera Leica generasi ke-2 pada Huawei P10 dan P10 Plus untuk meningkatkan lagi pengalaman foto anda.

 

Reviu Eksklusif: Huawei P10 Plus, Peranti Pertama Menggunakan Kamera Depan Leica

 

Huawei ada sedikit maklumat kandungan menarik kepada anda:

  • Ciri Moving Picture akan mengambil rakaman serta gambar daripada pegun kepada gerakan.
  • Menaik taraf prestasi kamera kepada lebih baik.
  • Mengoptimumkan peranti dari segi kuasa dan jangka hayat bateri secara keseluruhan.
  • Termasuk kemas kini Android OS bersama patch keselamatan Google.

You might also like