
Sebanyak 1.5 juta buah decoder akan diagihkan kepada penerima yang terpilih
MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) bakal mengagihkan set Decoder secara percuma ke seluruh negara mengikut peringkat bermula Januari 2019. Ia akan dimulakan dengan proses pengesahan.
Penerima terpilih akan menerima notifikasi bagi memberitahu mengenai decoder percuma ini. Mereka kemudiannya perlu menghubungi MYTV untuk mengesahkan kelayakan mereka untuk menerima decoder percuma itu. Penerima dipiliih dari mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR), yang mana keutamaan akan diberikan kepada kumpulan yang menerima pendapatan yang rendah.
Pemberian set decoder percuma yang akan diagihkan secara berperingkat ini akan berkoloborasi bersama POS Malaysia sehingga siaran analog akan diberhentikan yang dijadualkan pada penghujung bulan Mac 2019.
Sebarang pertanyaan, layari laman rasmi MYTV Broadcasting.