
Remaja Jual Ginjal Kerana iPhone Kini Kritikal Dan Bergantung Pada Mesin Dialisis

Masihkan anda ingat dengan seorang remaja China yang sanggup menjual ginjal demi membeli sebuah telefon iPhone 4 dan iPad pada 7 tahun lalu?
Remaja yang dikenali sebagai Xiao Wang kini berada dalam keadaan yang kritikal apabila beliau mengalami komplikasi akibat penjualan ginjalnya itu disebabkan prosedur pembedahan yang dilakukan di sebuah hospital tidak berdaftar adalah tidak selamat.
Jangkitan berlaku pada satu-satunya ginjal yang tinggal pada beliau disebabkan oleh prosedur pembedahan yang mengunakan alatan yang tidak disteril dengan sempurna. Lebih menyayat hati, beliau terpaksa bergantung seumur hidup dengan mesin dialisis bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Sebelum ini, Xiao Wang yang kini berusia 24 tahun telah menjual ginjalnya dengan harga RMB220,000 (kira-kira RM132,000).
Pada 2007, China telah mengharamkan penjualan organ bagi menghalang pemerdagangan di pasaran gelap. Namun terdapat sindiket yang masih diteruskan bagi membeli bekalan (organ) kepada individu yang tidak mahu menunggu giliran atau mereka yang memerlukan duit.

