Sarung Peranti Samsung Dengan Pengecas Jam Tangan Pintar Dipatenkan

Aksesori seperti sarung peranti yang kita sedang guna sekarang ini mungkin hanya sekadar pelindung biasa yang melindungi peranti daripada calar atau terjatuh. Akan tetapi, apa yang dilakukan oleh Samsung ini membolehkan jam tangan pintar juga mampu dicas terus melalui sarung peranti tanpa memerlukan dok pengecas khas.

Samsung telah menghantar hak paten kepada Amerika Syarikat dengan menfailkan reka bentuk sarung peranti boleh lipat yang mempunyai pad pengecas di atasnya. Pengecasan tanpa wayar kepada jam tangan pintar ini berfungsi dengan mendapat bekalan kuasa daripada telefon pintar yang disambungkan melalui USB-Type C yang terletak di bahagian bawah sarung terbabit. Selain itu, Samsung juga menfailkan hak paten untuk sarung peranti tablet dengan fungsi seakan sama kepada Amerika Syarikat untuk melindungi hak cipta mereka.

You might also like