
Samsung Malaysia Electronics telah mengumumkan soundbar Siri Q terbaharu yang disertakan dengan teknologi Samsung Acoustic Beam dan ciri Adaptive Sound yang baharu. Kerjasama di antara Samsung Audio Lab dan Harman Kardon pastinya memberikan kelebihan bagi model HW-Q90R, HW-Q80R, HW-Q70R dan HW-Q60R mempamerkan aksi terbaik.
HW-Q70R & HW Q60R
Bagi 2 model ini, ia mampu menganalisis kandungan yang dimainkan menerusi viewer’s TV dan melaraskan tetapan mengikut scene. Model ini mampu menukar secara automatik kepada adaptive sound mode apabila Samsung 2019 QLED TV disambungkan dan pastinya mod AI akan dihidupkan. Ia turut ditawarkan dengan Samsung’s proprietary Acoustic Beam technology.
HW-Q70R disertakan dengan Dolby Atmos and DTS:X immersive dan 360-degree surround sound technology. Justeru pengguna boleh menikmati pengalaman sistem bunyi yang menakjubkan di kediaman anda.
HW-Q90R & HW Q80R
Samsung turut membawakan pengalaman 3D sound menerusi model HW-Q90R dan HW-Q80R. Menariknya Q80R ini dilengkapi dengan 13 speaker termasuklah 2 upward-firing dan 2 bahagian firing speaker. Dalam pada itu, bagi Q90R, ia dihadirkan dengan 17 speaker termasuklah 4 upward-firing speaker dan 2 bahagian firing speaker. Ia membenarkan kedua-dua speaker ini memberikan bunyi yang mempersonakan.
Sebagai tambahan, HW-Q90R dihadirkan dengan Wireless Rear Speaker Kit (2 speaker) yang memberikan kepada pengguna pengalaman bunyi tanpa wayar yang mengagumkan. HW-Q90R dan HW-Q80R turut dihadirkan dengan sambungan tanpa wayar ke Samsung TV via Wi-Fi. Ia turut boleh dikawal dengan alat kawalan jauh Samsung TV.Bagi memudahkan integrasi ke dalam hidup pengguna, Q-Series sound bars baharu ini dihadirkan dengan sambungan Bluetooth yang membenarkan pengguna menikmati muzik berkualiti tinggi dari telefon pintar mereka,
Berikut adalam harga bagi model soundbar ini:
-
Model
Harga
HW-Q90R
RM 6,499
HW-Q80R
RM 4,999
HW-Q70R
RM 3,399
HW-Q60R
RM 2,599
Samsung Q series sound bars kini telah tersedia di ke semua Samsung Experience Stores dan pengedar sah.