
Peminat Samsung dan BlackPink kini perlu bersedia apabila Samsung bakal melaksanakan Rancangan Realiti Instagram pertama di malaysia. Justeru Samsung telah memilih 4 orang influencer iaitu Chan Wei Keat, Shawn Gan, Arwind Kumar and Sean Lee untuk bertarung dalam beberapa misi di sekitar Kuala Lumpur pada 14 jun bagi menjadi Ultimate BlackPink fan.
Pelbagai cabaran perlu ditempuhi termasuklah persembahan tarian “Kill This Love dan banyak lagi pastinya dapat menghiburkan anda.

Sepanjang melakukan cabaran, mereka bakal menggunakan Kamera telefon pintar berputar pertama Samsung iaitu Galaxy A80.
Peranti ini dihadirkan dengan 3 kamera yang boleh di gelongsor dan diputar bagi merakam saat keriangan menggunakan lensa 48MP yang pastinya mampu merakam imej yang menakjubkan.

Pemenang akan ditentukan oleh undian. Jadi anda perlu mengundi influencer kegemaran anda kerana anda juga berpeluang untuk memenangi sepasang Galaxy Buds yang bernilai RM499 dan pelbagai lagi hadiah menarik.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ultimate BLACKPINK Fan Challenge, layari Instagram dan laman sesawang Samsung.

