
Syarikat dari Perancis iaitu Wiko semakin giat mengeluarkan peranti baru, terkini mereka telah melancarkan Ufeel FAB, model terbaru dan terbesar bagi siri Ufeel. Mari kenal dengan lebih dekat model terbaru ini.
Ufeel FAB dilengkapi dengan sensor cap jari untuk keselamatan terbaik dan memberikan peggunanya akses pantas kepada perisian di dalam peranti. Anda boleh menetapkan sehingga 5 tindakan berbeza bagi setiap cap jari untuk melancarkan aplikasi atau melakukan tugasan dengan serta merta sebaik sahaja anda meletakkan jari di atas sensor.
Kuasa dan saiz adalah tarikan utama Ufeel FAB, seperti yang disebutkan pada awal artikel, Ufeel FAB merupakan model terbesar bagi siri Ufeel, ianya dilengkapi skrin 5.5 inci dengan resolusi HD 1280 x 720 piksel untuk tontonan yang jelas. Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan 4000mAh bateri yang dapat berfungsi sebagai powerbank.
Wiko Ufeel Fab kini boleh didapatkan dalam warna True Black di semua wakil penjual sah pada harga RM799.
Spesifikasi
| Dimensi | 154.35 x 77.15 x 10.60 mm |
| Sistem Operasi | Android 6.0 (Marshmallow) |
| Paparan | 5.5 inci IPS, HD (1280 x 720 piksel), 267ppi |
| CPU | Quad-Core 1.3GHz, Cortex-A53 |
| Grafik | ARM Mali-T720 |
| Memori | RAM: 3GB ROM: 32GB Sokong MicroSD sehingga 64GB |
| Kamera | Utama 13 Megapiksel dengan mod Panorama, Professional, HDR, Face beauty, Night shot, Sports, Wide selfie, Video Snap Shot, Smile shot, Touch shot dan fungsi flash. Hadapan 5 Megapiksel dengan fungsi selfie flash |
| Warna | True Black |
| Harga | RM 799 |



