KartuAs 2-in-1 SIM : Jalinan Kerjasama U Mobile dan MVNO Telin Malaysia

1U Mobile telah mengadakan kerjasama dengan syarikat Telin Malaysia dalam melancarkan sim kad KartuAS 2 in 1 yang menawarkan data panggilan, SMS dan data-data lain untuk warga Indonesia di negara ini menghubungi keluarga di kampung halaman.

Mereka yang mendaftar dengan talian KartuAS 2 in 1 akan dapat menikmati kadar terendah dari U Mobile dan PT Telkom Indonesia selain dapat memiliki dua nombor telefon dengan setiap satu pendaftaran. Kerjasama ini terjalin memandangkan terdapat permintaan yang tinggi dari pengguna yang mahukan kadar yang lebih rendah untuk mereka menghubungi kampung halaman, ketika ini terdapat lebih satu juta warga Indonesia yang mencari rezeki dan menetap di Malaysia.

You might also like