Jabra Elite 65t Dan Elite Active 65t Dilancarkan Pada Harga Bermula RM799

Jabra hari ini melancarkan fon telinga tanpa wayar generasi ke-3 Elite65t dan Elite Active 65t yang memenangi anugerah CES Inovation Award 2018 ke pasaran Malaysia. Syarikat yang terkenal dengan penghasilan fon kepala tanpa wayar ini tampil dengan pembaharuan terbaru kini membawakan produk audio yang lebih sempurna dan berinovasi.

Jabra Elite 65t dengan bekas simpanan

Jabra Elite 65t dan Elite Active 65t menawarkan sambungan tanpa wayar yang lebih tahan lama dengan jangka hayat bateri mencecah 15 jam. Apa yang dibawakan oleh syarikat ini menumpukan pengalaman audio yang berkualiti tinggi serta jelas sesuai untuk kegunaan anda seharian.

Jabra Elite Active 65t boleh dicas menggunakan kotak simpanan

Dengan reka bentuk yang lebih ergonomik dengan pilihan warna baru, Jabra Active 65t dicipta khusus bagi anda yang seuka bersukan malahan, ia juga diperkuatkan dengan teknologi kalis air IP56. Sensor akselerometer yang terbina dalam menjaminkan ketahanan berpanjangan di samping Jabra sendiri memberikan jaminan sehingga dua (2) tahun.

Aplikasi Jabra Sound+ untuk konfigurasi audio

Fon telinga Jabra generasi ke-3 pada kali turut dipadatkan dengan bantuan maya yang dipanggil Amazon Alexa. Integrasi ini membolehkan pengguna memberi arahan suara selain dapat mengawal alatan elektrikal pintar di rumah dengan mudah. Buat masa ini, Amazon Alexa hanya ditawarkan di negara barat seperti AS, UK, dan Jerman.

Di Malaysia, Jabra Elite 65t dijual pada harga runcit RM799 bermula Mac depan sementara, Elite Active 65t berharga RM899 akan memasuki pasaran pada Mei 2018. Kedua-dua produk boleh didapati di kedai-kedai terpilih di seluruh negara.

You might also like