Aplikasi Deria Takbir Oleh Maxis Beri Peluang Kepada Golongan Kelainan Pendengaran Menghayati Takbir Raya

Sudah menjadi kelaziman umat islam menantikan alunan Takbir raya di hari Syawal. Semua golongan pastinya tidak mahu ketinggalan begitu juga dengan golongan dengan kelainan pendengaran menghayati Tabir Raya.

Justeru Maxis telah tampil dengan aplikasi terbaharu iaitu Deria Takbir yang mana ia ditawarkan bagi pengguna iPhone terlebih dahulu. Takbir Raya diubah dalam bentuk visual dan getaran bagi memastikan golongan kelainan pendengaran turut dapat menghayatinya.

Bukan itu sahaja, ia turut disertakan dengan doa yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Anda kini boleh memuat turunaplikasi ini secara percuma di AppStore.

You might also like