
Buat peminat OnePlus ini adfa berita baik buat anda apabila Siri OnePlus 9 kini rasmi bagi pasaran tempatan dan diual pada harga bermula dari RM3699.

Peranti ini hadir dengan pemproses Snapdragon 888 dan dipadankan dengan RAM sebesar 12GB dan storan sebesar 256GB.
Kolaborasi dengan jenama Hasselblad bagi kamera pastinya antara sorotan bagi kamera peranti ini.
Kedua-duanya dilengkapi dengan janaan cip Snapdragon 888 dan padanan RAM sehingga 12GB serta storan dalaman hingga 256GB.
Bagi skrin pula, OnePlus 9 hadir dengan skrin 6.55″ Fuid AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz manakala bagi OnePlus 9 Pro pula adalah 6.7″ AMOLED QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Kedua-dua peranti ini hadir dengan bateri 4500mAh dan kamera 48MP + 50MP + 2MP.
Berikut adalah harga jualan peranti ini:
- OnePlus 9: RM3699 ( dijual atas talian di Shopee pada 18 Mei jam 12 pagi)
- OnePlus 9 Pro: RM4299(Dijual atas talian Lazada)
Mula dijual di kedai rasmi pada 22 Mei.