Nak Menang Samsung Galaxy S20 Ultra? Jom Sertai Peraduan #MYShootLikeAPro Oleh Samsung!!

Kepada yang suka merangkam gambar, ini ada sesuatu yang menarik buat anda apabila Samsung Malaysia kini melaksanakan peraduan #MYShootLikeAPro yang berlangsung dari 21 April sehingga 18 Mei.

Tidak kira sama ada jurugambar profesional atau amatur, anda boleh menyertainya dengan merakam gambar menggunakan peranti Samsung anda. Samsung akan memberikan tema setiap minggu dan anda boleh merakam gambar mengikut tema yang ditetapkan.

 

 

Peraduan ini menawarkan hadiah yang sangat lumayan iaitu Samsung Galaxy S20 Ultra Bagi pemenang utama. 2 pemenang tempat kedua pula akan membawa pulang Galaxy S20. Pememang mingguan pula selama 4 minggu tersebut akan membawa pula Galaxy Fir-e.

Langkah penyertaan:

  1. Anda perlu follow Instagram rasmi @SamsungMalaysia dan tetapkan akaun anda sebagai Public
  2. Ambil gambar berdasarkan tema mingguan yang ditetapkan
  3. Muat naik gambar anda di Instagram anda dan sertakan tanda pagar #MYShootLikeAPro #withGalaxy #SamsungPhoneModel (contoh #GalaxyS20) dan tag @SamsungMalaysia
  4. Tag 2 orang rakan anda dan pastikan mereka follow @SamsungMalaysia di Instagram dan pastikan akaun mereka ditetapkan sebagai Public

Bagi mereka yang ingin menyertai, tetapi inginkan tips untuk mengambil gambar yang menakjubkan, jangan risau kerana Samsung turut menjalankan online photography masterclasses oleh jurugambar profesional dari 17 hingga 20 April.

 

 

 

You might also like