Nokia 3 Telah Mula Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo!

Nokia 3 ditawarkan pada harga RM499

HMD Global telah mulakan ujian untuk Android Oreo untuk Nokia 3 pada Februari yang lepas. Hari ini, akhirnya kemas kini untuk Android 8.0 Oreo telah pun tersedia dan telah mula ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna telefon pintar Nokia 3.

Perkara ini juga disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Produk HMD Global, Juho Sarvikas di laman Twitter beliau. Android 8.0 Oreo menawarkan beberapa perubahan, termasuk sokongan Picture-in-Picture pada aplikasi terpilih.

Bagi yang menggunakan Nokia 3, anda boleh menyemak kemas kini ini di ruangan tetapan sekarang!

You might also like