
Seperti yang diketahui, OPPO baru sahaja melancarkan peranti terbaharu siri Reno6 yang terdiri daripada OPPO Reno6 Z dan Reno6. Tapi tahukah anda, telefon ini bukan telefon biasa-biasa kerana ia dilengkapi dengan keupayaan yang menakjubkan tetapi juga keupayaan bermain game dan fungsi dan ciri lain yang memudahkan hidup korang. Tak percaya? Meh tengok!!

Pemproses Seperti Raksasa!!!
Bukan hanya kamera yang berkuasa pada telefon ini, tetapi ia juga sangat sesuai untuk bermain game!!! Hal ini disebabkan ia hadir dengan pemproses yang sangat berkuasa iaitu MediaTek Dimensity 800U yang memberikan kelancaran ketika bermain. Dipadankan dengan 8GB RAM + 128GB ROM, pastinya membuatkan pengalaman permainan video game anda di tahap maksima. Jika telefon sudah kehabisan penggunaan RAM, jangan risau kerana ia hadir dengan fungsi RAM Expansion yang mana anda boleh menkuar ROM yang tersedia kepada RAM. Pengembangan ini boleh ditambah s2GB/3GB/5GB expanded memory.

Keupayaan pemproses ini membenarkan anda bermain game dengan memerlukan grafik yang tinggi seperti Call of Duty Mobile, Mobile Legend atau PUBG Mobile. Tiada sebarang lag ketika anda menggunakannya. Grafik yang dipamerkan juga sangat baik yang mana anda boleh menggunakannya di tahap yang terbaik bagi peranti tersebut.
Tambahan lagi, dengan pemproses ini, suhu peranti ini ketika bermain game sangat lambat untuk panas walaupun sudah dimainkan dalam tempoh waktu yang lama.
Bateri Giler Tahan Lama!! Memang Syiok Main Game!!
Ada yang lagi seronok tau ketika bermain game!!! Apabila bateri telefon korang sangat susah untuk habis. Boleh bermain dalam tempoh waktu yang lama. Bukan itu sahaja, ia turut disertakan dengan kapasiti yang sangat baik iaitu 4310mAh disertakan dengan 30 VOOC Flash Charge 4.0 membolehkan telefon anda bertahan lama dan mampu di cas dengan sangat pantas yang mengambil masa hanya 52 minit untuk dicas penuh.
Jadi, ketika korang menghabiskan masa di rumah tanpa pergi ke mana-mana sudah tiada masalah kebosanan kerana anda boleh bermain game menggunakan peranti ini yang nyata sangat smooth!!!
Dengan ciri yang sama seperti OPPO Reno6 yang mana ia hadir dengan Super Power Saving Mode + Super Nighttime Standby pasti sangat berguna ketika anda ingin menjimatkan bateri anda ketika diperlukan.
Skrin & Audio Paling Padoks Untuk Gaming
Ketika sedang menggunakan telefon tidak kiranya ketika anda menggunakannya untuk mengambil gambar, merakam video, bermain game ataupun ketika sedang skrol media sosial, anda pastinya mahukan telefon dengan kawalan yang sangat smooth. Tak perlu bimbang kerana keupayaan peranti ini hadir dengan kawalan yang sangat smooth dan lancar tanpa sebarang lag.

Hadir Dengan 6.4” AMOLED Displaydengan kadar segar semula 60Hz pasti imej yang terpapar sangat smooth dan warna yang terhasil sangat tepat. Ditambah pula dengan nisbah skrin ke kerangka adalah 90.8% pasti membuatkan korang leka dengan paparan peranti ini.
Paparan grafik pada peranti ini tampak lebih kemas berbanding telefon yang lain. Warna yang terhasil ketika bermain game sangat baik. Kawalan skrin juga sangat baik terutamanya ketika bermain game yang memerlukan kawalan yang jitu. Berikut adalah sedikit bingkisan bermain game menggunakan OPPO Reno6 Z.
Bukan itu sahaja, audio juga di tahap maksima apabila bunyi yang terhasil sangat jelas sehinggakan bunyi tapak kaki ketika bermain PUBG mobile juga boleh kedengaran dengan baik. Lagu-lagu di dalam game itu berkumandang dengan sangat menerujakan.
Walaupun anda menggunakannya pada jangka waktu yang lama, mahupun ketika anda membuka beberapa aplikasi, anda tidak perlu risau kerana ia suda pasti memperlihatkan keupayaan yang lancar.
Rekaan Stylish Sesuai Bagi Yang Stylista!!
Sungguhpun sekali imbas, peranti ini pastinya hadir dengan rekaan yang nafas baru khususnya bagi panel belakang yang tampil dengan warna yang unik iaitu Aurora. Bentuk Tubuh peranti ini yang menggiurkan pasti menambat mata yang memandang dan memuatkan ramai orang yang cemburu dengan keanggunan peranti ini. Tetapi ia juga sangat selesa ketika dipegang dan bermain game. Jadi, bukan hanya rekaannya yang bersinar dan menarik perhatian, namun juga rasa hebat ketika anda memegangnya.
Dengan berat yang hanya 173g dan dengan saiznya 160.20mm x 73.38mm x 7.97mm pasti membuatkan anda selesa untuk memegangnya ketika menggunakan peranti ini untuk bermain game. Sungguhpun rekaannya bukan seperti peranti gaming yang lain, tetapi keselesaannya hampir sama terutama permukaan panel belakang peranti ini yang sangat selesa.
AI Portrait Yang Memang Flawless Giler!!!

Tidak dapat dinafikan lagi, OPPO Reno6 Z ini hadir dengan keupayaan kamera Belakang dan hadapan yang menakjubkan!! Nak jadi insta famous, nak gambar dapat pujian ramai di media sosial atau untuk simpanan peribadi, kini tidak ada masalah. Anda tidak perlu gunakan filter lagi kerana keupayaannya yang sangat baik yang hadir menerusi lensa 32MP. Kamera belakang juga tidak kurang hebatnya yang mana ia turut dihadirkan dengan 64MP + 8MP + 2MP yang pasti mengangumkan.
Perincian AI Portrait telefon ini sangat baik dan sangat smooth. Walaupun digunakan dalam tempoh masa yang lama, ia tidak memberikan sebarang lag. Tidak kira di dalam situasi yang terang mahupun kurang cahaya, semuanya boleh diuruskan dengan mudah oleh OPPO reno6 Z. Seperti gambar di dalam studio. Sungguhpun korang hanya berada di rumah dan tidak ke mana-mana ketika PKP ini, jangan risau, kerana gambar anda masih kelihatan menawan.Tak percaya? Korang tengok sendiri!!!

Lebih menarik mengenai peranti ini adalah kehebatan Bokeh Flare Portrait yang tersedia bagi kedua-dua kamera sama ada hadapan dan belakang. Dengan hanya satu klik, peranti ini mampu menukar pencahayaan latar belakang kepada pencahayaan bokej dan mencerahkan lagi subjek yang memberikan sentuhan professional bagi gambar anda.
Kawalan Sangat Lancar!!!
Ketika sedang menggunakan telefon tidak kiranya ketika anda menggunakannya untuk mengambil gambar, merakam video, bermain game ataupun ketika sedang skrol media sosial, anda pastinya mahukan telefon dengan kawalan yang sangat smooth. Tak perlu bimbang kerana keupayaan peranti ini hadir dengan kawalan yang sangat smooth dan lancar tanpa sebarang lag.
Walaupun anda menggunakannya pada jangka waktu yang lama, mahupun ketika anda membuka beberapa aplikasi, anda tidak perlu risau kerana ia suda pasti memperlihatkan kepuayaan yang lancar.
Jadi sudah terbukti, OPPO Reno6 Z ini pastinya teman terbaik anda ketika anda hanya duduk dirumah dan tidak pergi ke mana-mana ketika COVID19 sedang berleluasa. Anda boleh menghabiskan masa anda bersama OPPo Reno6 Z tanpa perlu keluar. Yang penting, kualiti dan prestasinya masih unggul walau di mana sahaja anda berada.
Promosi

Jadi tunggu apa lagi, beli sekarang peranti OPPO Reno6 Z dan anda bakal mendapat hadiah percuma bernilai RM620 sementara stok masih ada! Berikut adalah hadiah yang bakal terima:
- 1 tahun HeyTap Cloud Service dengan 1TB Storage Space (bernilai RM343)
- Powerbank (Bernilai RM99)
- Bluetooth Speaker (Bernilai RM99)
- Promo Code bernilai RM30
- Smart tag (Bernilai RM79)
Bagi pembelian OPPO Reno6 Z 5G & Enco Air, anda boleh klik di pautan ini:
- Reno6 -https://bit.ly/3CTVhaW
- Reno6 Z -https://bit.ly/3iHxq61
- Enco Air -https://bit.ly/3yJ06kR