

Jenama Monster bermula dengan penjualan kabel di San Francisco 37 tahun yang lalu. Selepas itu, Monster bekerjasama dengan Beats by Dr. Dre menjadikan ia sekarang sebuah syarikat pengeluar fon kepala yang menawarkan reka bentuk, keselesaan dan prestasi yang tinggi. Hari, Brightstar telah membawa masuk jenama Monster secara rasmi ke pasaran Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai model mengikut kesesuaian untuk setiap peringkat umur dan citarasa yang tersendiri.

Dari segi penggunaan yang kasual, pengguna boleh mendapatkan Monster ClarityHD Wireless yang memastikan setiap panggilan yang dibuat sentiasa jelas dan terang. Fon telinga tanpa wayar ini mempunyai rekaan yang ergonomik, pilihan Ear tips diberikan mengikut keselesaan masing-masing.

Fon telinga ini menyalurkan bunyi yang lebih berkualiti dengan berat yang ringan. Ia mampu memainkan lagu selama lapan jam dengan sekali pengecasan sahaja. Monster ClarityHD Wireless ini dijual pada harga RM450, juga terdapat dalam warna hitam ataupun putih.

Anda boleh beli produk Monster di Monster Dealers Network.