Monster iSport®, Rasai Turbo Dalam Telinga!

(Dari kiri) Anthony Lam, Brightstar Apac, Melvin Tan, Brightstar Marketing Director, Robert Fong, Pengarah Pengurusan Monster Asia Pacific.

Selain melancarkan Monster ClarifyHD yang berkualiti bagus, Brightstar juga membawa masuk fon telinga yang satu ini dikatakan sangat bagus!

Bagi mereka yang gemar dengan aktiviti lasak, Monster iSport® lebih tahan lasak, kalis peluh malah ada juga model yang kalis air. Walaupun ia dicipta untuk golongan yang aktif, pengguna masih lagi mendapat pengalaman Pure Monster Sound® di telinga.

Fon kepala Monster iSport Freedom tanpa wayar ini boleh didengar selama 24 jam tanpa henti dan boleh membuat dua sambungan Bluetooth untuk berkongsi lagu. Pilihan mod mendengar yang disediakan ialah berwayar, tanpa wayar atau USB Digital Audio.

Tambahan lagi, untuk prestasi yang lebih mengancam, pengguna boleh menukar kepada mod “turbo” sekaligus meningkatkan rasa Aumm! padanya. Fungsi seperti kalis peluh, kalis air dan boleh dicuci ini dijual pada harga RM1,199.

Monster iSport® Victory

Walaupun begitu, sesetengah pengguna lebih gemar akan fon telinga, jadi Monster memperkenalkan model tanpa wayar iaitu Victory yang hadir dengan dua mod berbeza iaitu Warm Up dan Sport.

iSport Victory
iSport Victory Warna Biru

Rekaan yang kompak ini masih memberikan waktu hiburan yang mencecah sehingga lapan jam. Fungsi-fungsinya adalah lebih kurang sama seperti fon kepala Freedom lantas harga yang ditawarkan pula hanya RM588.

iSport Intensity

Jika anda mencari model fon telinga dengan harga lebih rendah berbanding di atas, anda boleh juga mencuba iSport Intensity Bluetooth tanpa wayar pada harga RM450, iSport Achieve Wireless Bluetooth tanpa wayar pada harga RM368, atau iSport Achieve Wired yang dijual dengan harga RM188.

iSport Achieve Wired
iSport Achieve Wireless

Anda boleh beli produk Monster di Monster Dealers Network.

You might also like