
Siap Sediakan Kad Grafik Anda. Crysis Bakal Datang!

Permainan Crysis telah menjadi antara jenaka April Fool di dalam dunia PC tahun ini, dengan imej terbaru karakter Nomad diperlihatkan. Namun keterujaan melihat berita tersebut lekas terpadam apabila meta data dari laman web Crysis menunjukkan bahawa berita tersebut hanyalah usikan April Fool. Namun, 24 jam yang lepas ini pula muncul…

Sumber: https://twitter.com/Crysis/status/1249714251360501761
Kemas kini dari akaun Twitter Crysis seolah-olah membayangkan bahawa mereka sedang mempersiapkan permainan video Crysis terbaru dan nampaknya jenaka April Fool ini berkemungkinan besar bakal menjadi nyata.
Tanggapan ini dikuatkan lagi dengan balasan Tweet dari Xbox yang nyata membuatkan hampir semua peminat Crysis histeria. Ini merupakan antara berita yang baik bagi tahun 2020 yang sungguh mencabar.

Adakah anda excited? Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!

