Sharp Mengumumkan Aquos S2 Di China – Skrin Hampir Tiada Bingkai 5.5”

Sharp baru sahaja memperkenalkan sebuah telefon pintar hampir tiada bingkai Sharp Aquos S2. Rekaan telefon yang nipis ini ia telah didatangkan bersama paparan bersaiz 5.5 inci beresolusi 2040x1080p. Kerangkan badan kini dipadankan bersama panel gelas yang tahan lasak dan berkilau.

Sharp Aquos S2 merupakan peranti pertama yang menggunakan Snapdrragon 630 lapan teras sebesar 14nm Cortex-A53. Kelajuan set cip pula mencecah 2.2GHz, manakala kad grafik hadir dengan Adreno 508 yang memiliki 12 LTE modem. Peranti ini juga menyokong sokongan Bluetooth 5.0, Quich Charge 4, dan USB Type-C bersama-sama.

Bukan itu sahaja, peranti ini juga menyediakan dua pilihan varian 4GB dan 46GB serta 6GB dan 128GB dengan pemproses Snapdragon 660. Sistem perisian dioperasikan Android Nougat yang terbaru.

Di bahagian belakang terdapat dwi kamera yang diletakkan secara menegak dengan sensor 12 Megapiksel dan 8 Megapiksel, kedua-duanya mampu menghasilkan gambar dengan latar belakang yang kabur. Sementara, kamera depan pula menggunakan sensor 8 Megapiksel tanpa sokongan flash.

Sharp Aquos S2 dijual di China pada harga CNY2,499 (kira-kira RM1,598) dan CNY2,799 (kira-kira RM1,790) mengikut varian. Bagi pasaran global pula ia dijangka bermula pada 14 Ogos depan.

You might also like