Soul Wavepower – Speaker Kalis Air Dengan Powerbank Pada Harga RM619

Anda boleh mendengar lagu-lagu kegemaran anda sepanjang masa kerana speaker tanpa wayar dari Soul ini mampu menggalas tugasnya dengan baik. Hadir dengan kekuatan bunyi sebanyak 16W, memastikan bunyi yang dilontarkan mengelilingi anda.

Jika anda sedang bermandi kolam renang, tiada masalah buat Soul Wavepower kerana ia juga kalis air jenis IPX4. Reka bentuk yang dinamik ini boleh dibawa ke mana sahaja pada bila-bila masa malah permukaannya juga kesat dan tidak licin.

Masa memainkan lagu mencecah 12 jam dengan sekali pengecasan, dan boleh digandakan bersama powerbank berkapasiti 4000mAh yang tersedia. Selain itu, fungsi Bluetooth v4.1 ini membolehkan sambungan mencapai sejauh 33 kaki.

Soul Wavepower boleh didapati di kedai-kedai terpilih dan dijual pada harga RM619 dengan warna tunggal iaitu Hitam.

You might also like