Xiaomi Mi Box Sudah Mula Dijual Secara Rasmi

Bermula semalam, Mi Box secara rasminya boleh didapati di Malaysia. Mi Box merupakan sebuah peranti kompak yang mampu mengembangkan lagi kemampuan TV di rumah anda,  Mi Box telah menerima anugerah Red Dot Design dan sangat terkenal di peringkat antarabangsa.

Ia menggunakan sistem operasi Android TV 6.0, sekaligus memberikan anda akses kepada beribu-ribu filem, rancangan dari aplikasi popular termasuk Netflix, HBO dan VUDU, serta permainan dari Google Play.

Mi Box juga dilengkapi teknologi Google Cast dan alat kawalan jauh Bluetooth yang menyokong carian suara dan arahan, jadi pengguna hanya perlu bercakap ke dalam alat kawalan jauh untuk mencari kandungan.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri utama Mi Box:

  • Android TV 6.0, menyokong kawalan suara dan Google Cast
  • Sokongan kandungan 4K Ultra HD pada 60fps
  • Menyokong pemprosesan HDR10
  • Quad-core ARM Cortex-A53 CPU
  • Mali 450 GPU
  • 2GB DDR3 RAM + 8GB eMMC Flash
  • Dolby Digital Plus dan DTS Surround Sound
  • Kawalan Bluetooth + suara, dikuasakan oleh 2 bateri AAA

Mi Box dijual pada harga RM349 melalui pengedar sah dan stor Lazada bermula
3 Mac 2017.

 

You might also like