Spotify Sedang Bersiap Sedia Menawarkan Kualiti Audio Lossless Pada Servis Mereka
Penggemar muzik dan audio pastinya familiar dengan kualiti lossless yang mempunyai birate yang jauh lebih tinggi (1,411kbps) dari standard biasa (320kbps, MP3). Spotify pula merupakan medium pemain muzik yang semakin popular dan menjadi aplikasi yang wajib dimiliki hampir semua pengguna.
Bagi peminat muzik, tawaran kualiti lossless pastinya sangat-sangat dialukan dan Spotify dilaporkan sudah pun memulakan langkah mereka bagi menjadikan strim muzik pada kualiti lossless satu kenyataan. Beberapa pengguna melaporkan mereka menjumpai menu baru pada laman Spotify fungsi naik taraf servis yang menawarkan kualiti lossless. Walau bagaimanapun hanya segelintir sahaja pengguna yang melaporkan perkara ini dan Spotify juga tidak memberikan sebarang berita rasmi mengenai perkara ini.
Boleh jadi Spotify sedang mencuba dan bereksperimen dengan strim muzik lossless dan menunggu sehingga ia benar-benar matang dan stabil sebelum melancarkan ia kepada kesemua pengguna mereka.


