
MWC 2017: Sony Memperkenalkan Xperia Touch & Xperia Ear
Selain smartphone Sony Xperia XZ Premium, Xperia XA1 dan XA1 Ultra, pada acara MWC kali ini Sony juga memperkenalkan dua peranti yang menarik. Peranti yang dimaksudkan adalah Xperia Touch dan juga Xperia Ear. Mari kenal dengan lebih dekat kedua-dua peranti menarik ini.
Xperia Touch
Xperia Touch ialah projektor interaktif yang menukar mana-mana permukaan rata menjadi skrin sentuh 23 inci dengan resolusi HD. Ia dibina menggunakan teknologi paparan unjuran SXRD Sony, dan input sentuhan dijayakan melalui gabungan inframerah cahaya dan pengesanan melalui kamera yang mengesan input dalam 60fps.
https://youtu.be/dlGYgCf5xrM
Dengan Xperia Touch, kini anda boleh berkumpul bersama-sama keluarga dan rakan dan berkongsi satu peranti pada satu paparan yang besar dan interaktif. Ianya amat sesuai digunakan ketika menonton filem, rancangan dan juga bermain aplikasi dengan sokongan PlayStation 4 Remote Play.
Xperia Touch akan mula memasuki pasaran Eropah diikuti negara-negara lain pada harga €1499 (kira-kira RM 7092.96).
Xperia Ear
Xperia Ear menggunakan konsep Open Style di mana audio yang didengari lebih natural dan tidak kedap. Xperia Ear adalah penyelidikan akustik Sony dan misi mereka untuk memberikan pengalaman “audio terbuka” ketika anda menggunakan earphone tanpa wayar untuk mendengar muzik, menerima notifikasi dan juga pelbagai tugasan lain. Dengan mengaplikasikan konsep “audio terbuka”, anda masih boleh mendengar bunyi di sekeliling anda dengan jelas sambil mendengar audio dari Xperia Ear.
Xperia Ear juga dilengkapi pembantu peribadi Sony Agent Technology yang membolehkan anda untuk melakukan panggilan, mencari kenalan dan lain-lain dengan lebih mudah. Sony Mobile juga sedang meneroka kemungkinan untuk bekerjasama dengan pembangun aplikasi ketiga bagi mengintegrasikan teknologi ini pada aplikasi-aplikasi lain.

