Xiaomi Mi 9SE Kini Tiba Di Malaysia- Dijual Pada Harga Bermula Dari RM1299

1377
- Iklan -

Berita baik buat peminat Xiaomi apabila Mi 9 SE kini telah tiba di Malaysia. Peranti yang tampil dengan spesifikasi yang terbaik dengan harga bermula dari RM1299.

Xiaomi Mi 9 SE tampil dengan skrin bersaiz 5.97 inci HD penuh dan paparan AMOLED. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 712 serta dibantu memori dengan  2 varian memori iaitu 6GB + 64GB dan 6GB + 128GB.

Dari aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 3 kamera utama dengan resolusi 48MP(F1.75) + 8MP(F2.4) + 13MP(F2.4) dan 20MP bagi kamera swafoto. Hasil gambar anda pastinya akan menjadi lebih menawan. Turut disertakan dengan pengimbas cap jari di atas skrin.

Kapasiti Bateri juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan kapasiti sebesar sebesar 3,070mAh + pengecasan pantas 18W, namun ia tidak disertakan dengan pengecasan tanpa wayar. Jadi tiada sebarang gangguan ketika anda menggunakan peranti ini. Peranti ini disertakan dengan 2 varian iaitu hitam dan biru.

Bagi Versi 6GB + 64GB ia bakal dijual pada harga RM1299 manakala bagi versi 6GB + 128GB pula dijual pada harga RM1499. Ia bakal dijual pada 4 Mei ini di Stor Online Xiaomi di Lazada dan Shopee, serta kedai fizikal Mi Store di seluruh negara.

Bagi pembeli terawal anda bakal menerima menerima hadiah berupa Mi Powerbank 10,000mAh 2S. Selagi stok masih ada.