Acer Switch 7 Black Edition – Laptop Tanpa Kipas Pertama Di Dunia Berharga RM6,999

Produk terakhir yang diperkenalkan pada acara tahunan Acer Day 2018 ialah Acer Switch 7 Black Edition, laptop ini boleh dikatakan sangat inovatif kerana ia merupakan komputer riba tanpa kipas yang pertama di dunia dan dilengkapi grafik tersendiri.

Baca Juga: Predator Helios 300 Edisi Khas Diperkenalkan Di Acer Day 2018

Menggunakan teknologi penyejukan tanpa kipas Dual LiquidLoopTM Acer, operasinya senyap dan boleh dipercayai serta hampir bebas habuk di dalamnya. Dengan pemproses Intel® CoreTM i7 generasi ke-8 yang berkuasa dan grafik NVIDIA® GeForce® MX150, Acer Switch 7 Black Edition ialah teman yang ideal untuk tugas intensif, produksi kreatif dan penstriman kandungan.

Rekaan Acer AutoStandTM juga kali pertama digunakan pada Acer Switch 7 Black Edition, ia boleh dibuka dan disimpan secara automatik dengan mudah hanya sebelah tangan sahaja. Tampil dengan paparan 13.5 inci QHD IPS, berat kurang 1.15kg bersama papan kekunci yang boleh diasingkan.

Baca Juga: Memperkenalkan Acer Swift 7 – Laptop Paling Nipis Di Dunia Berharga RM6,399

Harga runcit Acer Switch 7 Black Edition adalah RM6,999, sudah boleh dibeli di semua Stor Dalam Talian Rasmi Acer dan penjual sah di seluruh negara.

 

You might also like