
Sekiranya anda telah memulakan rancangan Cuti-Cuti Malaysia anda, HUAWEI MatePad merupakan gadjet yang sangat sesuai untuk memastikan perancangan anda sempurna!

Berikut merupakan beberapa petua untuk menunjukkan kepada anda bagaimana HUAWEI MatePad dapat membantu proses perancangan cuti anda.
#1 MeeTime bersama rakan anda dan terus berhubung untuk memilih destinasi percutian anda!

Rancang percutian anda bersama-sama rakan anda tak kira di mana jua anda dan rakan-rakan anda berada! Anda boleh menggunakan HUAWEI MeeTime untuk membuat panggilan video dan berkonsi paparan anda untuk melihat gambar-gambar percutian di Instagram bersama-sama rakan anda untuk mencari inspirasi percutian.
Perlukan dokumen untuk simpanan gambar-gambar inspirasi anda dan pautan internet? Rancang jadual perjalan anda menggunakan HUAWEI Notepad dan sertakan gambar-gambar inspirasi anda untuk dijadikan panduan anda dan rakan-rakan anda semasa bercuti.
Usah risau! HUAWEI MatePad didatangkan dengan akses HUAWEI Cloud Storage sebanyak 15GB selama 12 bulan. Kini anda boleh merancang aktiviti bersama rakan anda dengan lebih mudah!
#2 Urusan perbandingan tempat penginapan menjadi lebih mudah dengan App Multiplier

Anda telah menentukan destinasi anda? Sudah tentunya akan ingin mencari tempat penginapan bukan? Anda boleh menggunakan ciri multiwindow yang diaktifkan oleh App Multiplier untuk membuat perbandingan harga penginapan di antara aplikasi tempahan penginapan yang berlainan seperti Trivago, Booking.com, Agoda dan Hotels.com yang boleh didapati di HUAWEI AppGallery.
Pemilihan penginapan selesai! Kini anda pula ingin membuat tempahan awal untuk aktiviti di destinasi percutian anda? Ingin membeli pakej percutian dan tiket masuk lebih awal? Anda boleh menempah di aplikasi Klook atau Traveloka. Jangan lupa membuat bandingan harga menggunakan ciri floating windows pada aplikasi terpilih untuk memudahkan urusan anda. Kini anda tidak perlu lagi berulang alik antara tab aplikasi anda
#3 Pengalaman hiburan yang lebih baik dengan HUAWEI Video dan HUAWEI Books

Perjalan percutian yang mengambil masa yang lama pasti membosankan anda. Dengan HUAWEI MatePad, anda boleh mengakses HUAWEI Video yang membolehkan anda menonton pelbagai jenis koleksi drama, filem dan juga video muzik. Anda juga boleh menonton video pembelajaran daripada 22 pakar yang berpengalaman di HUAWEI Acedemy menerusi HUAWEI Video dan video pembelajaran yang lain dengan paparan 2K FullView Display dan sistem bunyi Harman Kardon yang terdapat pada HUAWEI MatePad.
Sekiranya anda tidak gemar menonton video ketika dalam perjalanan. Anda juga boleh membaca buku kesukaan anda dari HUAWEI eBooks dengan mod eBook. Anda boleh mengaktifkan mod eye comfort yang tersedia dan diperakukan oleh TUV Rheinland untuk pembacaan yang lebih selesa walaupun dalam keadaan gelap. Mod eye comfort juga mampu mengurangkan pancaran cahaya biru dan menjadikan warna paparan lebih suam untuk mengelakkan keletihan mata.
#4 Untuk mereka yang berjiwa seni. Lakar pemandangan kesukaan anda dengan HUAWEI M-Pencil

Bayangkan anda berada di Kundansang, Sabah ataupun di tepi pantai Pulan Perhentian sambil menikmati pemandangan yang menarik. Anda boleh menangkap gambar pemandangan yang cantik dengan telefon pintar HUAWEI anda. Bukan itu sahaja, anda boleh menyerlahkan bakat anda dengan menyunting gambar tersebut dengan menghantar gambar tersebut ke tablet anda dengan mudah dan cepat menggunakan HUAWEI Share. Lakar gambar dengan pilihan dan ciri warna dan berus yang pelbagai untuk menghasilkan memes yang viral dan menarik! HUAWEI M-Pencil juga tersedia dengan 4,096 tahap tekanan sensitiviti untuk menghasilkan garisan dengan tahap kelebaran yang pelbagai.
Selain itu, sekiranya anda bukan seorang yang berseni. Jangan risau, anda boleh menangkap gambar pemandangan anda dengan HUAWEI MatePad yang tersedia dengan kamera belakang 8M. Jangan lupa untuk viralkan gambar tersebut di media sosial!

Harga dan Ketersediaan
Terdapat dalam warna Midnight Grey , anda boleh mendapatkan HUAWEI MatePAD (WiFi) dengan hanya RM 1,399 bersama barangan percuma* seperti
- Keyboard
- HUAWEI Video untuk 3 bulan (The Explorers & Qello Concerts channel)
- HUAWEI Book (Sah sehingga 31 Disember 2020)
- HUAWEI Member Center Rewards
- HUAWEI Cloud Storage 15GB untuk 12 bulan
*Sementara stok masih ada

HUAWEI MatePad boleh didapati di semua HUAWEI Experience Store di seluruh negara dan pembelian atas talian di HUAWEI Store.