
Google I/O – Google Menambah Smart Reply Dalam Gmail di Android dan iOS
Ciri Smart Reply sebelum ini diperkenalkan pada peranti Android Wear memudahkan pengguna untuk membalas mesej. Terbaru, Google mengumumkan I/O keynote iaitu mesin pembelajaran yang menjawab e-mel akan hadir dalam aplikasi Gmail untuk Android dan juga iOS.

Fungsi Smart Reply ini akan mengimbas teks mesej yang diterima dan menawarkan tiga jawapan asas dalam bahasa Inggeris. Menurut Google, bahasa Sepanyol juga akan disediakan pada minggu-minggu akan datang dan bahasa lain akan diterapkan tidak lama lagi.
Syarikat itu berkata Smart Reply akan belajar dari masa ke semasa dan akan menyesuaikan diri dengan perbendaharaan kata anda, jadi jawapan akan menjadi semakin baik pada masa hadapan. Google juga menjanjikan data respon yang disimpan pada peranti tidak akan dilihat oleh pengguna lain.
Baca lain

