
Google I/O – Android Go Untuk Peranti Yang Memiliki RAM Serendah 1GB Dan Kebawah
Google juga memperkenalkan Android Go, ini dianggap baik kerana Google tidak mengecualikan pengguna yang memiliki peranti dengan spesifikasi yang rendah. Android Go bukanya menggantikan Android One 2.0 yang mana telah dikhabarkan sebelum ini, jadi ia memiliki perbezaan antara kedua-duanya.

Google mengambil ilham untuk membina Android Go ini berdasarkan Youtube Go yang telah dibangunkan sebelum ini. Setiap peranti yang memilik RAM serendah 1GB atau kurang, ia akan dilancarkan bersama sistem operasi Android O bersama konfigurasi Android Go. Ini membolehkan sistem beroperasi dengan baik walaupun peranti memiliki RAM serendah 512MB.
Secara asas, konfigurasi yang terdapat dalam Android Go akan menyambung rangkaian yang terhad dan pelan data yang rendah mengikut perkakasan dalaman sesebuah peranti. Selain itu, pengguna akan memperoleh Data Management yang terdapat pada Quick Settings yang membolehkan pengguna mengetahui jumlah data internet digunakan tanpa membuka aplikasi telco untuk membuat semakan.
Ciri Data Saver akan dihidupkan secara lalai dalam konfigurasi Android Go, Google menjanjikan ia akan menapis semua aplikasi yang sudah dipasang terdahulu. Jika pembangun aplikasi pihak ketiga mahu ciptaan mereka dipamerkan dalam Google Play untuk pemilik peranti Go, mereka perlu mematuhi dokumen Google Best Practices yang dipanggil Building For Billion. Pada dasarnya mereka yang membina aplikasi perlu mengambil kira seperti sambungan rangkaian yang terhad (pelan data kecil) dan penggunaan perkakasan spesifikasi yang rendah.
Baca lain

