Reviu Eksklusif : HUAWEI Nova 7i, Luaskan Daya Kreativiti & Imaginasi Korang!

HUAWEI muncul lagi dengan peranti baru untuk pasaran tempatan menerusi HUAWEI Nova 7i. Menariknya, Malaysia menjadi merupakan negara global pertama menerima kemasukan model ini. Apa yang menariknya, model kali ini menjanjikan kualiti audio dan video terbaik disamping penawaran spesifikasi lebih tinggi.

**Untuk makluman, HUAWEI Nova 7i tidak menyertakan GMS. So, kalau korang tahu cara pasang aplikasi pada HUAWEI Nova 7i, baca artikel di bawah:

BACA : [Tips & Trik] : Nak Beli HUAWEI Nova 7i Ke Tu? Ini Cara Pasang Aplikasi Pada Phone!

 


Apa Yang Menarik?

1) Luaskan Kreativiti Dengan 4 Kamera 

Dunia sememangnya penuh dengan kecantikan dan keajaiban! Empat kamera utama pada HUAWEI Nova 7i memberikan perspektif lebih luas untuk berkarya. Smartphone ini membawakan sokongan empat kamera utama dengan gabungan lensa 48MP (f/1.8) + 8MP (Ultra Wide Angle)(f/2.4) + 2MP (Bokeh)(f/2.4) + 2MP (Macro) (f/2.4). Menerusi gabungan ini, korang boleh mengambil gambar bak jurugambar profesional dengan hanya menggunakan smartphone.

Tangkapan gambar daripada HUAWEI Nova 7i terlihat menarik denga kemasan warna yang hampir sama seumpama dunia sebenar. Selain itu, rakaman Portrait Mode pada HUAWEI Nova 7i memberikan hasil yang memuaskan dengan kemasan blur kelihatan konsisten – dapat memisahkan objek dan latar belakang dengan terperinci.

Kamera ini juga mesra dengan penggambaran low – light menerusi fungsi Night Mode – memberikan imej sempurna dan tajam meskipun pada pencahayaan yang rendah. Lagi best, lensa 8MP pada peranti ini membolehkan korang menangkap gambar bersudut luas tanpa perlu berganjak daripada posisi. Korang juga tidak memerlukan sebarang aksesori mahupun tetapan tambahan untuk mendapatkan rakaman yang cantik!

 


2) Bateri Padu, Pengecasan Berdesup

Dengan bateri sebesar 4,200mAh (menerusi USB-C), korang tidak perlu risau lagi mengenai jangka hayat bateri. HUAWEI Nova 7i mempersembahkan prestasi menakjubkan – di mana mampu bertahan mencecah 1 hari lebih (dengan penggunaan biasa).

Ini bukan propa! Tetapi kebenaran! Jadi, ternyata ia memuaskan jika dilihat daripada aspek baterinya , ditambah pula dengan sokongan pengecasan pantas yang berdesup – 40W HUAWEI SuperCharge yang mana berupaya mengecas hingga 70% dalam hanya 30 minit sahaja.

 


 3) Reka Bentuk Segar 

Seperti kita tahu, HUAWEI amat menekankan rekaan untuk siri Nova. Sama seperti model kali ini, HUAWEI Nova 7i membawakan rekaan menawan dengan tubuh yang diperbuat daripada kaca melengkung pada setiap sudut. Smartphone ini terasa solid ketika berada di tapak tangan dan kemasan terlihat menarik setiap mata yang memandang.

Smartphone ini memaparkan paparan bersaiz 6.4” IPS LCD FHD+ dengan rekaan skrin berlubang menempatkan kamera hadapan tunggal. Paparan ini dilihat menawarkan kemasan warna yang seimbang dengan sudut pandang terbaik untuk pengalaman penggunaan yang hebat. HUAWEI Nova 7i ditawarkan dalam tiga warna menarik seperti Sakura Pink, Midnight Black dan Crush Green.

 


4) Prestasi Tidak Berkesudahan 

HUAWEI Nova 7i dibekalkan dengan memori dan prestasi cemerlang yang tiada tandingannya! Smartphone ini dilengkapi dengan cipset Kirin 810 dengan teknologi tinggi. NPU dibina berdasarkan rekaan Da Vinci dan ia berupaya mengoptimumkan kecekapan pemproses AI. Pemproses imej ISP + IVP juga bantu mengurangkan noise untuk hasil lebih sempurna. Pemproses ini digabungkan dengan paduan memori 8GB RAM + 128GB ROM.

Untuk sebuah peranti bekuasa ini, paduan memori mencukupi untuk simpanan yang banyak. Bukan itu sahaja, bahkan korang juga boleh menjalankan pelbagai aplikasi pada masa yang sama tanpada menjejaskan prestasi peranti.

Untuk lebih kepuasan, ia juga menyertakan sokongan GPU Turbo 3.0 dengan penyampaian grafik baik dan kadar bingkai yang tinggi tanpa masalah – memberi pengalaman lancar dengan haba yang minima meskipun dimainkan pada masa lama.

 


5) Antaramuka Mesra Pengguna 

HUAWEI Nova 7i didatangkan dengan antaramuka serba baru, EMUI 10. Antaramuka ini menawarkan rekaan yang lebih kemas dengan kemasan warna yang menarik. Ia juga dilihat lebih mesra pengguna.

 


 6) Harga & Ketersediaan 

HUAWEI Nova 7i kini telah ditawarkan untuk pasaran tempatan dengan tanda harga RM1,099. Bagi yang berminat, korang boleh dapatkan menerusi beberapa saluran berbeza termasuk Official HUAWEI Malaysia Online Store, kedai fizikal HUAWEI dan pengedar sah HUAWEI berdekatan korang! Jangan lupa dapatkan hari ini juga!

 

 

You might also like