
Samsung bukan sahaja menghasilkan telefon pintar yang terbaik di pasaran pada ketika ini, tetapi ia turut menghasilkan Samsung Galaxy Buds+ yang dikhabarkan memberikan antara pengalaman mendengar muzik yang tiada tandingan. Fuh!!! Jom kita tengok!!!
Spesifikasi Ringkas
Sebelum kita tengok hebat ke tak Samsung Galaxy Buds+ ini, korang try usha dulu spesifikasi peranti ini.
❤ Dua pemandu audio berasingan
❤ 3 mikrofon terbina bagi setiap bud
❤ Baterinya mampu bertahan sehingga 11 jam
❤ IPX2
❤ Warna: Hitam, Putih & biru
❤ Harga: RM599
Rekaan Cantik & Selesa
Kalau sekali pandang korang tengok Galaxy Buds+ ini memang sangat cantik dan tampak ekslusif. Reka bentuk Buds+ ini direka bagi menjamin keselesaan telinga anda. Jadi nak dengar lama-lama pun tak ada masalah sebab ia sangat selesa.
Tak percaya? Korang tengok sendiri!
Bunyi Macam Dalam Studio
Best giler kualiti audio yang terhasil daripada Galaxy Buds+. Disebabkan ia dihadirkan dengan 2-way dynamic speaker system dan boosted driver, ia memberikan bas dan high notes yang sangat baik. Memang syiok la kalau dengar lagu yang rancak atau yang sentimental.
perincian muzik yang anda dengar dapat didengar dengan sangat terperinci.
Panggilan Tanpa Gangguan
Kalau nak tahu juga, Galaxy Buds+ ini hadir dengan 2 innovative outer mics yang memberikan bunyi yang sangat jelas dan tanpa gangguan walaupun bunyi bising di sekeliling.
Kawalan Giler Mudah
Yang best mengenai Samsung Galaxy Buds+ ini, ia tampil dengan kawalan yang sangat mudah. Tak kiralah sama ada anda mahu menukar playlist atau mengangkat panggilan.
- Tap sekali untuk play atau pause
- Double tap untuk lagu seterusnya / menjawab atau mematikan panggilan
- Triple tap untuk lagu yang seterusnya
- Sentuh & pegang untuk melaksanakan user-set function
Bateri Yang Tahan Lama!!
Korang kalau nak dengar muzik guna Galaxy Buds+ ini korang tak payah takut bateri cepat habis. Sebab dia mampu bertahan lama tau!!! Kalau sekali cas tu, ia mampu bertahan 22 jam secara keseluruhan dengan Galaxy Buds+ Charging case.
Lagi best dia boleh cas dengan pantas tau. Untuk pengecasan 3 minit tu, ia boleh bertahan sehingga 1 jam. Pergh!!!
Apa Kata Editor
Secara keseluruhan, Samsung Galaxy Buds+ ini sememangnya berbaloi untuk dimilki. Kualiti audio yang terhasil memberikan keturujaan buat mereka yang mendengarnya. Dah la cantik, rekaan pun memang selesa dan audio memang terbaik. Jadi tak rugi kalau korang beli Samsung Galaxy Buds+ ini!!!