Google I/O – Google Lens Menggunakan Kamera Untuk Mencari Maklumat

Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai juga menambah lagi keistimewaan pada Android O dengan fungsi Google Lens yang menggunakan pembelajaran mesin bagi membantu mencari maklumat yang sesuai dengan gambar yang diambil. Menggunakan kamera sebagai alat utama, ini menjadikan fungsi kamera pada telefon pintar itu lebih berguna.

Pengguna hanya perlu menghalakan kamera pada objek atau tempat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Sebagai contoh anda sedang mengambil gambar sekuntum bunga, Google Lens akan mengenalpasti nama bunga tersebut. Selain itu, jika anda ingin memasukkan kata laluan Wi-Fi, anda hanya perlu menghalakan kamera pada alat router berkenaan sahaja.

Bukan itu sahaja, jika anda mengunjungi sebuah restoran tetapi berasa was-was tentang keenakan makanan di situ, anda hanya perlu menghalakan kamera pada papan tanda kedai, Google Lens akan terus memberi rating sama ada satu bintang ataupun sehingga 5 bintang.

Sementara itu, Google memberitahu bahawa Google Lens berintegerasi bersama Google Assistant untuk mencari maklumat tepat kepada pengguna. Walaupun gambar yang diambil itu dari sebuah papan tanda mengenai waktu tayangan filem, ia akan terus dimasukkan ke dalam reminder di dalam peranti anda.

Di samping itu, Google Lens juga akan membantu anda membacakan teks bahasa asing kepada bahasa yang anda inginkan, begitu mudah sekali!

Bukan itu sahaja, jika anda mengambil gambar seorang murid yang sedang bermain besbol di sebalik pagar sekolah, Google Lens akan mengaburkan atau membuang gambar pagar lantas menjadikan murid tersebut kelihatan dengan lebih jelas.

Google belum menyatakan bilakah Google Lens akan bertemu pengguna, tetapi pihaknya memberitahu pengguna akan memperolehnya tidak lama lagi.

 

Baca lain

You might also like