Memori Telefon Tidak Mencukupi? Langkah-Langkah Untuk Memadam Memori WeChat sebanyak 1GB!

Memadamkan sampah WeChat untuk meningkatkan memori dan kelajuan operasi telefon anda!

WeChat ialah salah satu alat komunikasi yang biasa digunakan di Malaysia. Admin sering berbual-bual dengan rakan-rakan menggunakannya, dan tidak mengetahui bahawa WeChat akan menggunakan ruang yang begitu banyak dalam telefon bimbit sehingga tidak ada memori telefon bimbit.

Admin sekarang mengajar korang satu cara untuk memadamkan maklumat yang menggunakan ruang dalam WeChat, dan padam sampah WeChat sebanyak 1GB untuk membebaskan lebih banyak memori telefon!

Langkah 1:

Klik “ME” di bahagian bawah WeChat

Masukkan ke “SETTING”

Pilih “General”

Langkah 2:

Klik “Manage storage”

Kemudian, klik “Manage Current WeChat Chat History”,dan tunggu mesej korang untuk memuatkan.

Langkah 3:

Selepas mesej dimuatkan, korang boleh melihat mesej spam yang disenaraikan, dan korang boleh memadamkannya mengikut pilihan korang, ataupun memadamkan semuanya sekali gus.

Langkah 4:

Setelah membuat pilihan korang, klik padam di sudut kanan bawah.

Dengan cara ini, spam mesej sebanyak 1GB di WeChat akan dipadamkan dengan beberapa langkah ini!

Sekiranya korang tidak kerap memadamkan, atau tidak pernah memadamkan …

Sekaranglah masanya! Setelah memadamkan sampah dalam WeChat, korang pasti rasa beban storage telefon bimbit telah banyak dikurangkan!

Jika korang rasa langkah-langkah ini berguna, kongsikanlah dengan rakan-rakan korang!

You might also like