Dapatkan Vivo Y81i Serendah RM1 Dengan Hotlink Postpaid Flex Plus

Anda kini boleh memiliki Vivo Y81i yang berharga RM499 dengan hanya RM1 sekiranya anda mendaftar dengan Hotlink Postpaid Flex Plus. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mendaftar Hotlink Postpaid Flex Plus dan membayar RM60 setiap bulan dan membayar bayaran lebih awal sebanyak RM360 + RM1 (harga Vivo Y81i).

Selain daripada Vivo Y81i, anda juga boleh membeli Y85(harga kedai RM899) dengan hanya RM199. Jika anda seorang warganegara lain, bayaran tambahan sebanyak RM150 perlu dilakukan sebagai deposit.

Vivo Y81i memberikan kepada anda paparan skrin yang lebih besar dan baik kerana ia disertakan dengan 15.5% lebih ruang tontonan berbanding generasi paparan FullView terdahulu.

Telefon ini disokong oleh 13MP definisi tinggi bagi kamera belakang sementara AI Face Beauty yang boleh mengenal pasti jantina, umur, tona kulit dan tekstur kulit anda. Selain itu, Y81i juga menyediakan teknologi akses wajah yang berstandard flagship kepada anda yang membolehkan anda membuka telefon dengan mudah.

Dalam pada itu, Vivo Y85 pula mampu merakam gambar yang sangat menakjubkan. Ia disertakan dengan 13MP + 2MP bagi kamera belakang pastinya mampu merakam lebih banyak perincian. Telefon ini juga boleh merakam bokeh setaraf DSLR. Seperti telefon Vivo Y81i, telefon ini mempunyai AI Face Beauty yang juga mampu mengenal pasti jantina, umur, tona kulit, tekstur kulit dan pencahayaan persekitaran.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Hotlink dan Facebook Vivo Malaysia, atau Instagram, Twitter dan Yutube.

Baca juga: 

 

You might also like