Lenovo Z5s Rasmi – Dilengkapi Skrin Takuk Kecil, Tri-Kamera Utama, Snapdragon 710

Selepas beberapa minggu berita ketirisan muncul melalui pelbagai sumber, Lenovo akhirnya memperkenalkan telefon pintar baharu keluaran mereka iaitu Lenovo Z5s.

Lenovo Z5s menampilkan rekaan skrin bertakuk kecil pada saiz 6.3 inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel) bersama nisbah aspek 19:5:9. Paparan telefon pintar ini menawarkan nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 92.6%.

Lebih menariknya lagi, badan telefon pintar ini menggunakan rangka aluminium 6000-series beserta panel Corning Gorilla. Pada bahagian belakang terdapat pengimbas cap jari berbentuk bulat. Melengkapinya, bateri berkapasiti 3,300 mAh (melalui USB Type-C) bersama pengecasan pantas 15W.

Dari segi spesifikasi asas, telefon pintar ini menggunakan Snapdragon 710 sebagai tunjang utama peranti. Ia turut dibantu oleh memori sebesar 4/6GB bersama pilihan storan dalaman sebesar 64GB dan 128GB. Sebagai tambahan, Lenovo turut menyertakan slot kad microSD pada peranti.

Dari segi penggambaran, telefon pintar ini hadir dengan sokongan sistem tri-kamera utama yang menyerupai HUAWEI P20 Pro. Sistem tri-kamera utama tersebut adalah kombinasi sensor 16MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4) dan 5MP (f/2.4) dengan sokongan LED Flash . Sistem kamera ini turut dibantu oleh kahadiran fungsi 2x zum optikal, PDAF, dan rakaman video 4K.

Tersedia dalam beberapa warna menarik seperti Starry Night Black, Love Orange, dan Titanium Blue, ianya ditawarkan di pasaran China pada harga berikut :

  • CNY1398 (kira-kira RM848) – untuk versi 4GB + 64GB
  • CNY1598 (kira-kira RM130) – untuk versi 6GB + 64GB
  • CNY1898 (kira-kira RM1151) – untuk versi 6GB + 128GB

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

You might also like